Selasa, 17 Februari 2015

Bisnes Qaseh Gold mengubah segala-galanya!

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca blog myqasehanania. Hampir dua bulan saya tidak mengupdate ttg qaseh. Banyak hal yang mahu saya kongsikan buat anda semua, tetapi kekangan masa agak terhad. Sedikit sibuk dengan bisnes qaseh dan beberapa kejadian yang berlaku kepada saya dan keluarga.

2 minggu lepas Alhamdulillah saya telah menerima penghargaan dari syarikat Ana Edar Sdn. Bhd. Majlis makan malam pada malam 7 Februari 2015 memang betul2 meriah. Kalau diikutkan ini tahun kedua majlis makan malam tapi tahun lepas saya tak dapat hadir pada acara malam,cuma menghadiri majlis Achiever pada sebelah petang sahaja. Pada malam tersebut, syukur saya menerima anugerah President Club, kerana berjaya mencapai target jualan semasa Kempen Extravaganza 2014 yang bermula pada Mei-Disember 2014. 


Syukur! Penat lelah saya berkongsi khasiat qaseh kepada semua membuahkan hasil. Dan kini semangat untuk terus berjuang mencapai cita-cita saya untuk menjadi usahawan qaseh kian berkobar-kobar.




Pada malam tersebut, saya bersama rakan niaga saya, Nurul sama-sama naik pentas! Mmg happy sbb dapat bawa anak didik bersama menerima penghargaan. Tiada perkara yang mustahil jika anda benar-benar berusaha keras. Saya tahu bisnes qaseh mampu membantu usahawan yg benar-benar mahu keluar dari zon sempit. Jika orang lain boleh lakukan, mengapa kita tidak?

gambar bersama rania saya, Wan Nurul yang turut mendapat anugerah


bersama Incik suami peneman setia :)

bersama-sama leader2 hebat Qaseh


Sempat mendengar seloka dari Ustaz Haslin Bahrin 
Duta Qaseh Gold

Dihiburkan dengan pengacara sensasi, Awal Ashaari


Pada permulaan saya mengambil keputusan untuk memulakan bisnes secara kecilan-kecilan adalah untuk mencuba sahaja. Namun dari niat mencuba timbul niat untuk lebih serius dan komited dalam bisnes ini kerana bagi saya banyak yg saya perolehi dari bisnes qaseh ini. Pertama saya dapat menyebarkan manfaat makanan sunnah pada orang ramai, kedua saya dapat membantu meningkatkan kesihatan org lain, dapat didik anak-anak kecil amalkan makanan sunnah. Seterusnya dapat membantu ekonomi rumah tangga saya sendiri. 

Dahulu saya bermula dengan zero knowledge! Saya langsung tak tahu berbisnes. Tapi dengan Qaseh, mengubah segala-galanya! Saya seorang yang pemalu, bkn peramah dan tidak ramai kawan. Masa mula-mula dulu, saya selalu cakap, boleh ke aku nak berniaga? Berhari-hari saya berfikir, saya berdoa pada Allah beri saya petunjuk betulkah jalan ini yang saya pilih. Entah bagaimana, tiba-tiba terdetik dihati saya semasa bersolat hati saya seolah-olah berkata teruskan niat saya untuk berniaga qaseh. Sebelum itu saya ada bertanya pada suami, macamana kalau saya nak mulakan bisnes qaseh. Mula-mula dia agak keberatan tapi bila saya cakap saya nak teruskan juga dia mengizinkannya, terpulang pada saya. Saya mula aktif berniaga di facebook. 

Rezeki merestock qaseh setiap bulan


bersama leader dan downline merestok qaseh


Bulan ke bulan saya berniaga tanpa ilmu, masuk bulan ke tiga saya masuk ke kelas workshop yang diadakan di hq ana edar di gombak. Dari satu kelas, ke satu kelas saya hadiri. ALhamdulillah banyak ilmu yang saya perolehi di kelas tersebut. Dari ilmu tentang product, ilmu tetang pemasaran, NLP mind power dan sehingga ke kelas sales power. Dengan kelas-kelas sebegini banyak yang membantu saya meningkatkan kualiti hubungan saya dengan customer, cara pemasaran saya dan sebagainya. Dahulu pemalu sekarang perasaan malu untuk berjumpa dgn customer yang tak dikenali sedikit demi sedikit hilang. Saya rasa lebih yakin dan perasaan untuk lebih berjaya dalam qaseh semakin hari semakin bersemangat. Alhamdulilah... Pelanggan juga kian bertambah di facebook dan saya juga membuat servis cash on delivery di kawasan-kawasan tertentu.

  bersama rakan-rakan niaga semasa di kelas sales power

 waktu rehat semasa di kelas NLP mind power 
di usrati centre, seremban


Attend kelas Garam Sole di hq, Ana Edar

Banyak impian saya yang ingin saya capai dengan Qaseh. Banyak perkara juga yang saya mahu realisasikan dengan bisnes Qaseh ini. Paling utama adalah mahu membalas jasa kedua ibu bapa saya, menyelesaikan hutang piutang, impian mahu menunaikan umrah dan haji bersama keluarga dan dapat membantu org2 yang memerlukan. Semoga rezeki yang diberi dapat dikongsi bersama-sama.  Tiada yang mustahil jika mendapat keizinan dari-NYA. Semoga tahun 2015, menjadi tahun yang bertuah untuk saya dan keluarga untuk terus berjuang dalam bisnes Qaseh. Insha Allah!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan