Ovarian Cysts adalah nama yang diberikan kepada cyst atau poket yang berisi lendir/air yang terjadi di dalam atau dipermukaan ovari. Ia adalah kejadian yang kerap berlaku dan kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya ia jarang memberikan simptom atau gejala.Walaubagaimanapun, kehadiran ovarian cyst mungkin menunjukkan sistem peranakan yang bermasalah dan berkaitan dengan masalah ketidak-suburan anda.
Terdapat beberapa jenis cyst dalam kilang ovary, mana satu yang merbahaya, malignant (jenis kanser), benign (bukan kanser), yang merosak benih dan peranakan (endometriosis) dan yang boleh hilang tanpa rawatan (follicular cyst)
1. Follicular cyst - mengadungi air, bermula sebagai karung telor tetapi tidak pecah pada waktu subur/ovulation, ia terus membesar kadang melebihi 5 cm. Biasanya akan pecah sendiri tanpa perlu bedah dan airnya diserap badan. Tidak perlu dibedah.
2. Corpus luteal cyst - Bermula dari bekas kantung telor yang telah pecah/ovulation dan kehamilan telah berlaku. Peranan corpus luteum ialah untuk menguatkan kehamilan diperingkat awal sabelum uri mengambil alih peranan tersebut kemudian. Kadang2 ia membesar sehingga 8 cm. Jangan takut, kerana biasanya cyst ini akan pecah sendiri dan cecairnya diserap badan.
3. Hemorrhagic cyst - cyst yang mengandungi darah, ia bolih bermula dari follicular atau corpus luteal cyst, perdarahan berlaku kedalam cyst atau pecah dan darah melempah merata dalam perut menyebabkab kesakitan yang kuat. Perlu pembedahan cemas.
4. Ruptured ovarian cyst - menyebabkan kesakitan dan perlu dibedah secara cemas.
5. Endometriotic cyst of ovary - mengandungi darah kotor, merosak ovary, saluran fallopio dan rahim.. Perlu bedah.
6. Dermoid cyst ovary atau terratoma mengandungi cecair berminyak dan lemak, rambut, cartilage , gigi atau tulang. Perlu dibedah
Sumber dipetik: Dr. Hamid Arshad
Siapakah yang Berisiko Untuk Mendapat Cyst
Ovarian cysts sebenarnya agak kerap terjadi. Kebanyakan wanita mungkin sekurang-kurangnya akan mendapat satu cyst sepanjang hidupnya. Kebanyakanya adalah cyst biasa dan tidak complicated. Walaubagaimanapun, sekiranya cyst ini terjadi pada wanita berusia 50-70 tahun, ia lebih cenderung kepada kanser dan lebih merbahaya.
Apakah Simptom atau Gejala Ovarian Cysts
Ia pada umumnya tidak memberikan sebarang gejala. Tetapi sekiranya ia terlalu besar anda mungkin perasan perut sedikit buncit dan terdapat ketul pada bahagian bawah perut.
Lain-lain gejala yang jarang-jarang ialah:
- Muntah dan Loya
- Sakit Perut
- Sakit semasa hubungan seks
- Sukar atau kerap kencing
- Rasa berat pada ari-ari
Adakah Cyst Penyebab Masalah Ketidak-Suburan
Cyst mempunyai pelbagai jenis dan kebanyakanya tidak menjadi penyebab dan tidak memberi kesan kepada keupayaan untuk hamil. Kebanyakan cyst tidak menganggu proses ovulasi atau persenyawaan. Tetapi sekirangan anda mengalami Endometriosis atau Polycystic Ovaries (PCOS), ia mungkin berkait rapat dengan masaalah kesuburan.
Bagaimana untuk Merawat Cyst?
Rawatan masaalah cyst bergantung kepada jenis cyst yang dialami oleh pesakit. Bagi folikular cyst atau corpus luteal cyst, rawatan yang biasa ialah dengan ‘tunggu dan lihat’. Selalunya doktor akan memantau samada ia semakin membesar atau sudah bertukar bentuk.
Bagi mereka yang mengalami masalah yang serius, pembedahan adalah sesuatu yang terbaik. Rawatan hormon juga boleh menolong untuk mengawal cyst ini pada sesetengah wanita.
AMALAN MAKANAN SUNNAH MEMBANTU WANITA YANG MENGALAMI CYST ATAU FIBROID!
Jom ikhtiar dengan makanan sunnah! Banyak testimoni yang kami terima kebelakangan ini, wanita yang mengalami masalah cyst mencuba set Qaseh Adinda dan Sole Mineral mengalami perubahan positif setelah istiqamah dengan mengambilnya setiap hari. Alhamdulillah! Berkat kandungan 9 makanan sunnah dan herba terpilih dalam Qaseh Gold Adinda membantu meningkatkan tahap kesihatan wanita...
Bahan-bahan di dalam sebotol Qaseh Adinda:
TESTIMONI-TESTIMONI PENGGUNA QASEH GOLD
Set cadangan adalah untuk mengalami masalah cyst/fibroid adalah Qaseh Gold Adinda dan Sole Mineral.

p/s: Sila ambil nasihat pakar perubatan dahulu untuk khidmat nasihat. Qaseh Gold adalah makanan sunnah yang membantu dan bukanlah bertujuan mendiagnos penyakit.
Untuk pertanyaan:
Hubungi,
Miza | 012 2212728 (Whatsapp)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan