Buah Dari Syurga untuk Umat Manusia
Di dalam ke dua-dua syurga itu terdapat dua mata air yang memancar (tanpa henti memancutkan airnya). Maka nikmat Tuhan kamu yang mana satu yang kamu hendak dustakan? Di dalam keduanya ada terdapat buah-buahan serta pohon-pohon kurma serta delima (ar- Rahman ayat 66-68)
Tahukah anda siapa yang mengamalkan sunnah dia akan mendapat dua keuntungan? Apa keuntungan itu? Pahala yang berlipat ganda dan keberkatan.
Alhamdulillah, saya sekeluarga kini mengamalkan pemakanan sunnah setiap hari. Kalau dulu masa puasa saja pulun makan buah kurma tapi bila abis puasa buah kurma dalam peti ais mmg pandang sepi jer... Sampai keras macam batu.. Huhu.. Sejak dah makan qaseh ni tiap-tiap hari saya akan pastikan sebelum pergi kerja saya akan ambil dua sudu qaseh dan 1 sudu besar qaseh junior untuk puteri kesayangan saya Hanania.
Feedback yang saya sendiri gunakan qaseh alhamdulillah memang bertenaga dan cergas. Nak bangun pagi pergi kejepon dah senang. Kalau sebelum ini memang liat nak bangun, macam berat sangat mata nak bukak. Qaseh memang betul-betul mengubah cara hidup saya. Alhamdulillah. Berkat pemakanan sunnah memang membawa saya ke arah yg lebih baik bukan sahaja dalam aspek kesihatan malah dalam pembentukan kerohanian saya. Betullah ungkapan kata pemakanan yang baik dan halal akan membentuk kerohanian yg cemerlang.. Cewahhh...
Bagaimana saya boleh berkenalan dengan Qaseh ya?
Suprisingly, pada mula-mulanya bukan saya yang mula berQaseh ni! Tetapi puteri comel saya, Hanania. Kerana dia saya berkenalan dengan Qaseh!
Comel tak kak ton? :P
Hanania kini sudah 2 tahun 2 bulan, dia tinggal di nurseri masa dia berumur 10 bulan. Sejak dia tinggal di nurseri dia kerap sangat jatuh sakit. Dalam sebulan kami akan ke klinik 2 atau 3 kali. Masalahnya, dia selalu demam, batuk dan selsema. Bila dia dah baik dari batuk dan selsema bila 2 minggu akan dtg akan datang balik sakit itu. Hmm... kalau nak cerita dalam peti ais mmg banyak ubat-ubat klinik khas untuk dia. Dari antibiotik, ubat demam, selsema dan batuk mmg penuh. Masa itu nak bagi mmg susah sbb dia akan muntahkan balik ubat-ubat itu. Masa itu dia mmg susah nak makan ubat. Lagilah lambat dia nak baik. Saya pulak sering E.L disebabkan anak selalu tak sihat.... memang stress rasa.. Bagi ibu-ibu yang tinggalkan anak di nurseri saya percaya mereka mesti akan hadapi masalah yang sama mcm saya ni. Sebab utamanya, budak-budak yang tinggal di nurseri mmg senang berjangkit dengan anak-anak yang lain melalui udara dan sentuhan.
Saya mengetahui tentang Qasehpon melalui rakan ofis saya. Dia berikan anak dia sebab anak dia selalu batuk dan ada asma sebelum ini. Alhamdulillah sejak dia berikan anak dia Qaseh, kahak di dalam paru-paru anak diapon dah clear. Dah jarang batuk. Anak dia pun jenis susah nak makan ubat. Dengan Qaseh anak dia mmg suka sampai diapon kena sorokkan botol qaseh tu sebab takut habis.. Hehehehe. begitu sekali penangan Qaseh ni.
Masa dia cakap harga Qaseh tu, saya terkejut juga sebab mahal juga ya. Tapi saya try google apa itu qaseh bila saya search hmm memang bagus qaseh ni sebab makanan yang ada dalam qaseh ni makanan-makanan sunnah. Botolnyapon besar. Memang berbaloi untuk anak saya. Saya fikir dari bagi anak saya ubat-ubat klinik lebih baik saya bertukar kepada qaseh junior untuk tingkatkan imuniti badannya. Kalau difikir secara logik, harga Qaseh ni sangat murah jika dibandingkan dengan khasiat dan ramuan yang ada dalam sebotol Qaseh tu.
Qaseh junior
Gabungan Unik 15 Ramuan Hebat, Kurma, Madu, Kismis, Delima, Minyak Zaiton, Gingko, Tiin, Badam, Garam Bukit, Habbatus Sauda', Bayam, Air Zam Zam, Za'faran, Gam Arab dan Pegaga.
15 Ramuan? Dalam satu botol! Memang berbaloi! Pada saya sangat murah. Kalau kita pergi ke klinik ubat untuk 5 haripon dah sampai RM50. Itu ubat yer. Tapi Qaseh Junior ni bukan ubat. Tapi jus minuman sunnah yang boleh mengoptimumkan kesihatan anak kita. Sebab ramuan yang ada dalam Qaseh junior semuanya mahal2! Dari kita beli jajan2 yang tak sihat untuk mental dan fizikal anak kita, apa salahnya kita laburkan sedikit untuk anak kita. Lagi bagus! betul tak?
Saya tak nak berkira untuk kesihatan anak saya. Sebab bila dia sakit saya yang susah. Susah nak bekerja, hati tak senang, tak lena tidur, berat badan anak pon tak naik-naik, makan pula susah sangat. Masa itu saya cari seller yang jual Qaseh ni dalam FB. Masa itu friendlist saya dalam FB kebetulan ada yang jual Qaseh. Dari situlah banyak saya baca testimoni-testimoni ibu-ibu yang berikan Qaseh Junior ini pada anak mereka. Alhamdulillah, banyak feedback sy baca dari situ. Dari situ juga saya berkenalan dengan Dr. Hairiah. Dia yang menjual produk Qaseh ni (sekarang dah jadi upline saya), dan saya banyak jugak bertanya pada beliau tentang Qaseh ni. Mula-mula saya tak tahupon dia ni doktor..Hehehe.. bila dah jadi rania baru saya tahu dia adalah doktor di klinik kerajaan. See! Doktorpon suka jual Qaseh ni...
Masa mula-mula saya bagi Hanania Qaseh Junior ni dia tak nak sebab dia ingat saya bagi ubat. Bila saya pujuk-pujuk dia akhirnya dia nak... Dia mula makan Qasehpon masa tu umur dia 1 tahun 11 bulan. Bila dia dah rasa satu sudu, dia mintak lagi... pastu mintak banyak2 kali.. Sebab qaseh junior ni rasanya memang sedap.. sebab rasa masam-masam manis.. manis kurma dan madu. Sebab tu dia nak makan banyak kali. Hehehe!
Alhamdulillah sebulan lps dia makan Qaseh tu dia dah jarang sakit. Saya notice bila dia selsema keesokkan harinya itu selsema dia cepat kering. Bila batuk, makan qaseh dia akan muntah keluarkan lendir tu. Demampon dah jrg sangat2. Tak macam dulu. Sayapon dah kurang E.L. Syukur kepada Allah!
Dari situlah saya start tanya tentang Qaseh pada Dr. Hairiah. Dan tanya-tanya macamana nak buat bisnes dengan Qaseh. Saya berminat sebab saya tahu Qaseh ni susah sangat nk jumpa. Lagi pula saya rasa khasiat pemakanan sunnah ni memang patut kita amalkan tak kiralah dengan Qaseh ataupon dengan buah-buahan itu sendiri. Makanan sunnah kan makanan kegemaran Nabi kita. Di dalam Al-Quranpon banyak disebut khasiat pemakanan sunnah ni dalam hidup kita. Jadi, mengapa kita tak amalkan setiap hari? Dari situ saya mula sedar, dan saya nak keluarga saya amalkan makanan-makanan sunnah untuk mendapat kesihatan yang lebih baik. Insha Allah!
Bagi yang berminat dengan Qaseh atau nak tahu maklumat lanjut tentang Qaseh. Jangan segan-segan hubungi saya....
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan
Hubungi:
Myza
Hubungi:
Myza
Sms/WhatApps/ Wechat
012-2212728
FB personal: www.facebook.com/nasmyza
FB page: www.facebook.com/qasehanania
Tiada ulasan:
Catat Ulasan